cara lajukan pc



korang pakai windows ape?? XP ke??ke smue pakai windows 7?? cik ana sorang je gune XP lagi T__T

Walaupun Windows Vista dah lame dilancarkan oleh Microsoft, ramai jugak dari kita masih lagi guna Windows XP sebagai Operating System kan?kan?kan????? Mungkin sebab kita dah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa.Mungkin jugak kita pilih Windows XP sebab kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama...
tapi lepas guna Windows XP untuk satu jangka masa yang agak lama... mungkin ada yang perasan PC kita jadi makin lembab berbanding masa baru lepas install Windows dulu kan?kan?kan? *kalau tak perasan takpelah.. Selain dari pastikan komputer kita bersih dari Virus dan Malware, ada beberapa perkara yang kita boleh amalkan untuk pastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar..ok memandangkan cik ana pun gune windows XP,jadi kat sini nak share sikit tips cemane nak kasi laju PC..
*korang maybe dah tahu awal bende ni...cik ana je ketinggalan sikit T_T
Degfragment Hard Disk
laju-xp-01
mungkin selalu dengar istilah Defragment ini.Tapi tahu tak apa fungsi Defragment????
Bila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer , kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word diletakkan dibahagian tengah Hard Disk..sebahagian lagi letak kat hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain..
Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. dialah yang akan menyusun balik fail – fail dalam komputer supaya berada di tempat yang betul.
Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

laju-xp-02
Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. tapi,tak semua dari program ini diperlukan setiap masa..kita sendiri buka program tu bila perlu..
ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk buang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik kat Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Kat kotak Run, taip msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan keluar. Pergi pada tab Startup dan kita boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck je mane-mane program supaya dia tidak dilancarkan secara automatik...
Untuk dapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan korang tahu program apa yang korang hadapi, sebelum buat apa – apa perubahan..*saye tak bertanggungjawab ye atas segale kesilapan..ngeee~~

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

laju-xp-03
Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Macam Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini tak diperlukan oleh kita dan boleh jugak ditetapkan supaya tak dilancarkan secara automatik.
Untuk buat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kat tab Services. Pastikan korang tanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) supaya korang tidak tersilap buang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya tak dilancarkan secara automatik lagi nanti..
Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Kat sini kita boleh tengok segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC

makin lama kita guna PC, makin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows. Temporary File ini adalah sampah – sarap yang perlu dibersihkan selalu agar supaya tak membazir ruang dalam Hard Disk. Untuk bersihkan fail – fail ini, gunakan CCleaner

Tingkatkan BIOS

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana – mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)
BIOS maksudnye Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk mulakan perkakasan – perkakasan dalam komputer sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikitla prestasi komputer...
Update BIOS Anda
Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan kemaskini BIOS dorang, dan kita boleh download versi BIOS yang terbaru ni. Pastikan BIOS jenis apa yang korangpakai, dan cari update yang terkini di Internet. Lepas download, ikut langkah yang diberi untuk install BIOS tu..*owhh saye tidak reti bab BIOS T_T
Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan
Motherboard ada banyak komponenseperti RJ-45, bunyi, dan grafik. korang boleh matikan komponen yang tak perlu melalui BIOS. Contohnya kalau korang ada kad wireless, korang tak perlu lagi komponen Ethernet. Ataupun kalau port VGA tak gune, disable je fungsi die.. kalau nak guna balik, enable je semula melalui BIOS

sumber : lajukan PC

p/s : ini untuk kemudahan saye sendiri..senang tak terabe-rabe di kemudian hari nanti ^^

10 comments:

  1. info yang berguna. selalu defragment files je. kalau rajin baru guna ccleaner software. masalahnya susah benar nak rajin. haha

    ReplyDelete
  2. wow..hebatla cik ana ni...byk tips berguna...akn cik lyn praktikkan nanti...tp xtau la bila kerajinan itu akn datang..hee~

    ReplyDelete
  3. PC saya dah laju..terima kasih cik ana :)

    ReplyDelete
  4. !Sam Posmen! : hehe tu la psl..cik ana pun slalu buat defragment je..CC cleaner tu pun rajin gak la..hihi

    ReplyDelete
  5. Cik Lyn : ala kongsi2 ape yg tahu sikit2 je cik lyn...mane la tau dpt manfaat sesikit..hehe

    ReplyDelete
  6. Shah_Real : wahh dah try ek shah?? gud2..hehe..sharing is caring ^^

    ReplyDelete
  7. lajunye 120mph huhuhu...:)

    ReplyDelete
  8. renjerkabloi : nampak benor menipunye..hahaha

    ReplyDelete
  9. wah..ni yang dicari2 info pasal ni..tenkiu2 share..
    :-)

    ReplyDelete

terime kaseh sudi singgah, follow pastu sudi baca,
lain kali jangan malu, mai la lagi naaaaaa hehe :)