kebaikan coklat


ha sape tak suke makan coklat angkat kaki...majoriti girl memang suke sangatla bab2 coklat nih kan..nak2 pulak kalo coklat yang mahal2 tu...alah mcm ferrero rocher ke,cadbury ke,toblerone ke..ha yang gitu-gitulah..
sebenarnyeCoklat ni memang kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang. Coklat hitam :
mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh. Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat. 


>handmade choc by AYUNIE CHOCO<


Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk.
Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan. Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.
Malah
coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.
Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.
Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.
Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.
Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS). Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

p/s : Makan coklat memang baik untuk kesihatan, tapi INGAT! JANGAN MAKAN BERLEBIHAN!
jom beli cadbury buat stock bebanyak!! ngeee~~
p/s 2: sape2 nak buat tempahan coklat untuk hantaran bertunang / perkahwinan boleh la deal dengan >AYUNIE CHOCO<
[mode : take a bow_rihanna]

13 comments:

  1. masa rumusan spm 2010 masuk tentang cokklat . .

    =)

    ReplyDelete
  2. nelly : owhh yeke??konfem dapat jawab kan?? hihi

    ReplyDelete
  3. suka coklat suka Cadbury!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. rossoneri : cik ana pun suke!! hihi

    ReplyDelete
  5. tadi baru pergi pameran coklat kat Midvalley..memang sedap!!

    p/s jom komen entri terbaru blog wan

    ReplyDelete
  6. Rozuan Ismail : aah tu lah cik ana dpt tau ade pameran coklat kat Mid tapi xleh pegi sebab kene keje..uwawawa

    ReplyDelete
  7. skong..kiwi suke mkn coklat mse stress ^^..btw folo sini

    ReplyDelete
  8. kiwi : aah cik ana pun suke jugak ^^
    thanks kiwi ^^

    ReplyDelete
  9. ░♥si lampu neon♥░ : mcm musim buah ek?hihi

    ReplyDelete
  10. dapat kat saya mmg tak bagi kat orang dah!! suke coklat XD

    kalau yang homemade, saya suke makan yang Oreo Choc. rasenye ramai yang buat. sedap!

    ReplyDelete
  11. azureEn : aah betol3!! cik ana pun suke oreo choc!! sedap3!! hihi

    ReplyDelete
  12. salam dear.. mohon share info yg bagus ni yer..

    salam kenal dear.. nice blog!

    ReplyDelete

terime kaseh sudi baca pastu siap komen.
sayang ketat-ketat ! muahhhhsss hikss ;)